KUALA LUMPUR: Empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan, hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini bagi mengemukakan bukti, termasuk salinan dokumen perkahwinan ibu dan bapa mereka.
JPN memaklumkan dalam perjumpaan itu, pemohon yang merupakan abang sulung kepada empat beradik tersebut iaitu Aziq Fadyan, 24, turut mengemukakan permohonan kewarganegaraan melalui kaedah Pengesahan Taraf Kewarganegaraan tanpa sokongan dokumen yang diperlukan.
Bagaimanapun, JPN mendapati beberapa butiran penting dalam salinan dokumen yang dikemukakan bagi pemohonan tersebut gagal dibaca, kerana tidak jelas dan kabur.
"JPN telah menasihatkan pemohon, untuk mendapatkan pengesahan bertulis mengenai butir-butir perkahwinan ibu dan bapa beliau yang berlaku di luar negara, daripada kedutaan yang berkaitan terlebih dahulu.
"Setelah memperoleh pengesahan dan terbukti perkahwinan tersebut berlaku sebelum kelahiran mereka, pindaan taraf kewarganegaraan pada sijil kelahiran mereka boleh dibuat di JPN," menurut JPN dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan JPN itu memaklumkan empat beradik tersebut iaitu Aziq, berserta adik-adiknya Azreen Batrisya, 22, Azzahra Batrisya, 12, dan Azalea Batrisya, 9, turut dinasihatkan untuk mendapatkan seorang pemohon bertaraf warganegara, dalam membuat permohonan Pengesahan Taraf Kewarganegaraan bagi pihak mereka.
Namun, kenyataan itu memaklumkan bahawa pemohon enggan memberikan kerjasama terhadap nasihat tersebut.
"Justeru, adalah mustahil bagi JPN mempertimbangkan permohonan hanya berdasarkan salinan dokumen yang kabur dan tidak dapat dibaca butiran pentingnya. Adalah juga mustahil untuk individu yang belum bertaraf warganegara membuat permohonan kewarganegaraan, bagi adik-adiknya," menurut kenyataan JPN.
JPN dalam kenyataan itu menegaskan bahawa setiap permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia yang dikemukakan, akan diterima dan diproses berdasarkan kelayakan pemohon dan ia mesti disokong dengan dokumen atau bukti berkaitan, tertakluk kepada peruntukan ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
"JPN komited untuk menyelesaikan kes ini, tertakluk mendapat kerjasama penuh daripada pemohon. Sebarang campur tangan dari ejen atau orang tengah boleh menyebabkan penyelesaian permohonan ini menjadi lewat," menurut kenyataan itu.
Selasa lepas, media melaporan JPN meminta empat beradik berkenaan untuk hadir bagi membolehkan jabatan itu mendapatkan fakta dan status sebenar kes tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
Bagaimanapun, JPN mendapati beberapa butiran penting dalam salinan dokumen yang dikemukakan bagi pemohonan tersebut gagal dibaca, kerana tidak jelas dan kabur. - Gambar fail/Bernama
Pengeluaran bahan api penerbangan mampan diunjur cecah 1.9 bilion liter tahun ini - IATA
IATA turut menekankan kepentingan beberapa pendekatan untuk melonjakkan penggunaan SAF.
TPM, menteri Kabinet zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan rasmi Agong
Menteri Kabinet menerusi media sosial masing-masing merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Pantau Belanjawan: China lanjutkan tempoh pengecualian visa, apa manfaat ekonomi?
Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Dr Sri Ganesh Michiel kupas lanjut berkenaan isu dan bagaimana ia memberi impak kepada sektor pelancongan negara.
AWANI Ringkas: Keciciran calon SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kod QR di BSI dilaksana dua minggu lagi
Pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR bagi aplikasi MyRentas di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini, dijangka mula beroperasi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.
Empat beradik termasuk bayi ditemui terabai, ditinggal sendirian
Pegawai JKM telah membuat siasatan segera ke lokasi kejadian dan mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut merupakan warga Rohingya serta sebelum ini sering berpindah-randah.
Dua ditahan dipercayai ibu bapa kepada 4 beradik ditinggalkan
Kedua-dua mereka dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa.
JKM dapatkan perintah jaga empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memohon perintah sementara bagi membolehkan empat beradik yang ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Isk
JKM Perak kesan ibu bapa empat beradik ditinggalkan di pondok pengawal
Pegawai pelindung JKM juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut.
Empat beradik tiada kad pengenalan hadir ke JPN hari ini, kemuka salinan dokumen
Empat beradik yang didakwa dihalang ke sekolah kerana tidak memiliki kad pengenalan, hadir ke pejabat JPN hari ini bagi mengemukakan bukti.
Ibu diserang strok, empat beradik buntu fikir nasib menjelang Aidilfitri
Anak-anak mana yang tidak risau memikirkan penderitaan ibu yang terlantar di hospital akibat diserang angin ahmar.
Empat beradik, bapa saudara antara tujuh yang ditahan edar dadah
Dalam dua serbuan di sekitar Seberang Perai Utara polis Pulau Pinang 41.8 kg dadah jenis syabu bernilai RM1.5 juta.
4 termasuk 3 beradik ditemui lemas dihanyutkan ombak
Dalam kejadian jam 5 petang tadi, lapan individu berusia lingkungan lapan hingga 17 tahun dikatakan pergi ke pantai berkenaan untuk bermandi-manda.
4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri positif COVID-19 direman
Kesemua suspek berusia 26 hingga 31 tahun terbabit direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Empat beradik terlibat dadah antara yang ditahan AADK
Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, mereka yang berumur antara 28 dan 42 tahun itu tinggal bersama ibu dan dua kakak.